IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
Imperialisme
- Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah atau melaksanakan kuasa pemerintahan terhadap negara lain demi kepentingan tertentu.
Imperialisme Barat
- Kuasa-kuasa Barat yang Terlibat Dengan Imperialisme di Asia Tenggara:
- Portugal
- Sepanyol
- Britain
- Perancis
- Amerika Syarikat
Wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara
- Portugis mendahului kuasa-kuasa Barat yang lain dalam melaksanakan imperialisme apabila berjaya menawan Melaka.
Kartun
- Tujuan: Menguasai kepentingan perdagangan rempah.
- Pada tahun 1870-an, persaingan antara kuasa barat menjadi sengit dan tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah.
- Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai oleh imperialis Barat.
Kedudukan Strategik Asia Tenggara
- Kedudukan Asia Tenggara yang strategik antara China dengan India.
- Penguasaan laluan menjamin pasaran yang luas.
- Asia Tenggara terdapat tanah yang subur dan kaya dengan bahan mentah dan hasil bumi.
Kekayaan Bahan Mentah
Negara-negara Asia Tenggara kaya dengan pelbagai sumber bahan mentah.
Ketika Revolusi Perindustrian di Barat berlaku, bahan mentah diperlukan oleh sektor perindustrian.
Revolusi Perindustrian
- Pada peringkat awal, dasar imperialisme kuasa Barat adalah untuk menguasai dagangan mewah, iaitu teh dan rempah.
- Revolusi Perindustrian menyebabkan pengeluaran pelbagai barangan kilang secara besar-besaran.
- Bekalan bahan mentah yang banyak diperlukan untuk menampung perindustrian.
- Pasaran baru diperlukan untuk memasarkan barangan.
- Kegiatan imperialisme Barat diperluaskan ke Timur, iaitu di China dan India.
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
- Penggunaan kapal berkuasa wap mempercepat kegiatan imperialisme.
- Kapal tersebut dapat membawa muatan yang banyak dan lebih selamat.
- Terusan Suez memendekkan perjalanan di antaran Barat dengan Timur dan menjimatkan kos serta lebih selamat.
- Penciptaan telegraf meningkatkan perhubungan Barat dan Timur.
- Arahan pemimpin dan imperialis disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan.
- Urusan perniagaan dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih cepat dan mudah.
Terusan Suez yang beroperasi pada tahun 1869
Persaingan Kuasa-Kuasa Barat
- Perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan kuasa-kuasa Barat berebut tanah jajahan di Asia Tenggara.
- Negara-negara Asia Tenggara menjadi mangsa imperialisme Barat.
- Imperialis yang mempunyai tanah jajahan yang luas akan disanjung tinggi oleh kuasa Barat yang lain.
- Keluasan tanah jajahan menjadi lambang kekuatan dan kekayaan kuasa Barat.
Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun
- Kuasa-kuasa Barat mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.
- Untuk menjalankan imperialisme, kuasa Barat seperti Belanda dan British menggunakan slogan Beban Orang Putih.
- Mereka menganggap tugas dan tanggungjawab mereka yang lebih maju untuk memimpin orang sebelah Timur.
- Orang Timur dianggap mundur dan memerlukan kehidupan lebih sejahtera.
- Slogan imperialis Perancis ialah tugas menyebarkan tamadun.
- Mubaligh Kristian juga bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.
Nasionalisme di Asia Tenggara
Nasionalisme
- Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang akhirnya membawa kepada gerakan pembebasan tanah air.
- Pembebasan daripada cengkaman ekonomi serta kebudayaan asing.
Dasar Penjajahan British
- Menimbulkan perasaan tidak puas hati.
- Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberikan peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran awam.
- Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional.
- Sistem Tanaman Paksa di Indonesia & Sistem Polo di Filipina menindas penduduk peribumi.
- Penjajah mewujudkan jurang sosial dengan beranggap mereka berada dalam kelas yang tersendiri.
- Hanya layak berdampingan dengan golongan elit tempatan seperti golongan bangsawan dan golongan pegawai kerajaan.
- Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran menimbulkan perasaan tidak puas hati kerana penguasaan mereka dalam bidang ekonomi.
Penduduk tempatan di Indonesia telah ditindas dan dipaksa menjadi buruh oleh penjajah Barat bagi menjalankan aktiviti pertanian menerusi Sistem Tanaman Paksa
Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
Pengaruh Agama
- Agama berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh budaya Barat serta agama Kristian.
- Di Indonesia dan Tanah Melayu telah muncul Gerakan Islah.
- Di Burma telah muncul Persatuan Belia Buddha
- Agama sebagai alat perpaduan
- Golongan agama sebagai pencetus nasionalisme.
- Gerakan Islah memperjuangkan Pan-Islamisme, iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat.
- Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol menyatupadukan penduduk peribumi untuk bangun menentang.
- Sebab: penganut Kristian tempatan dianggap kelas dua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
Karya Kesusasteraan
- Merupakan suatu alat untuk membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
- Merupakan media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah.
- Membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.
- Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal telah mencetuskan gerakan nasionalisme dan menjadi inspirasi terhadap gerakan-gerakan nasionalisme di negara lain.
- Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar amat berpengaruh.
- Di Tanah Melayu, novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako adalah antar novel yang terkenal.
Novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako
Sistem Pendidikan
- Sikap penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan.
- Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.
- Pendidikan hanya diberikan kepada golongan elit dan penduduk bandar dan terhad kepada pendidikan peringkat rendah.
- Di Indonesia, anak golongan priyayi, iaitu golongan berkedudukan di Jawa diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada daripada anak orang kebanyakan.
- Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda bertujuan memecahkan perpaduan rakyat.
- Di Burma, sekolah Buddha terancam akibat pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh.
- Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
Kemunculan Golongan Intelektual
- Golongan intelektual merupakan pencetus gerakan nasionalisme.
- Berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat
- Didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.
- Memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.
- Pada peringkat awal, mereka menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela.
- Akhirnya, mereka berjuang membebaskan negara mereka daripada cengkaman penjajah.
Pengaruh Media Massa
- Akhbar dan majalah menyemarakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
- Berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.
- Di Vietnam, Tribune Indigene dan ClocheFelee merupakan akhbar yang berpengaruh.
- Di Tanah Melayu, al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis merupakan akhbar yang utama.
- Di Filipina, akhbar memainkan peranan dalam gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal.
- Penjajah menganggap ini akan mengancam kepentingan politik mereka.
Akhbar Saudara
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
- Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf
- Memudahkan hubungan dalam kalangan nasionalis.
- Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya menghubungkan kawasan-kawasan yang sebelumnya terpisah.
- Memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme.
Pengaruh Luar
- Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata para nasionalis di Asia Tenggara.
- Keupayaan sebuah negara kecil mengalahkan negara besar.
- Perjuangan Mahatma Ghandi di India menentang British memberikan inspirasi kepada nasionalis.
Mahatma Ghandi
Perkembangan Nasionalisme
- Dibahagikan kepada dua tahap, iaitu tahap pertama dan tahap kedua
Perbandingan Nasionalisme di Asia Tenggara:
Video
Video Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Nasionalisme
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
http://www.panduanmalaysia.com/2013/08/nota-ringkas-sejarah-tingkatan-5-spm_24.html
https://www.youtube.com/watch?v=91SSrYTE-Ec
https://www.youtube.com/watch?v=91SSrYTE-Ec
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mempunyai semangat cinta akan negara seperti apa yang dicontohi oleh perjuang negara. Bagus, teruskan!
ReplyDeleteTerima kasih. Diharapkan dengan nota ini, pelajar akan memupuk semangat nasionalisme dalam diri mereka.
DeleteSebagai rakyat malaysia, kita seharusnya mempunyai semangat patriotik untuk menjamin kemerdekaan negara kita dan kita seharusnya tidak melupakan pengorbanan perjuang nasionalisma. Sangat baik!Harap teruskan!
ReplyDeleteTerima kasih, Ko. Ya, memang tidak dinafikan semangat partiotik amat penting! Marilah kita bersama-sama memupuk semangat cinta akan negara dan menghargai kemerdekaan yang diperoleh.
DeleteSaya memang amat setuju dengan perkataan George Santayana "Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya", kita sepatutnya lebih peka terhadap sejarah agar dapat meningkatkan diri sendiri dan tidak mengulangi kesilapan. Dengan membaca maklumat-maklumat yang singkat dan bernas ini, saya lebih memahami isu nasionalisme di Asia Tenggara.
ReplyDeleteTerima kasih. Memang tidak dinafikan kata-kata hikmat George Santayana amat bermakna dan haruslah sentiasa dijadikan sebagai teladan.
ReplyDelete