Thursday, 15 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

WAHYU YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH
KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
  • Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. :
    • Iaitu suruh al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah umat Islam untuk membaca.
 
    • Menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya sehingga sekarang.
    • Ini adalah membaca dapat memperolehi dan menambah ilmu pengetahuan. Dengan itu juga, seseorang atau sesuatu bangsa akan berilmu dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan juga meningkatkan tamadunnya.
  • Wahyu kedua yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. :

    • Iaitu Suruh al-Muddasir, ayat 1 – 7 .
    • Wahyu ini mengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasululah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
  • Semenjak turunnya ayat al-Quran ini, Nabi Muhammad s.a.w. terus-menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy Makkah.
  • Baginda mula meranang untuk menggubah akidah dan kehidupan masyarakat sekelilingnya dan perkara utama yang ditekankan oleh baginda pada tahap tersebut ialah berusaha untuk membetullkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Baginda menggesa masyarakat disekelilingnya untuk meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesame manusia, membunuh dan mencuri.
Wahyu Pertama yang Diturunkan Oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
 
 
Sumber :
Buku Teks Tingkatan 4


8 comments:

  1. Melalui maklumat di atas,saya mendapati bahawa Wahyu Allah yang pertama dan kedua telah melahirkan masyarakat yang berilmu dan beriman serta membentuk satu dunia yang bertamadun dan aman sejahtera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Tetapi di sini saya hanya menjelaskan tentang wahyu Allah yang pertama dan kedua. Seterus daripada itu, terdapat juga wahyu-wahyu yang diturunkan oleh Allh kepada Nabi Muhammad saw

      Delete
  2. Nota anda senang untuk difahami. Tersukan usaha lagi.

    ReplyDelete
  3. Ringkas tetapi mudah difahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Harap nota saya dapat membantu anda dalam usaha memaami tentang tajuk ini.

      Delete