CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab, iaitu jahala yang memberi maksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
Gambar berikut menunjukkan lokasi tamadun Islam dan keluasannya dari tahun 622 M hingga 632 M.
i. Masyarakat Arab Jahiliah :
ii. Kedudukan wanita dalam Masyarakat Arab Jahiliah adalah rendah :
vi. Kesan Sistem Kabilah :
- Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa lebih kurang 310 tahun, iaitu selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak, tahun 300 M, sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. , tahun 610 M.
- Mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya.
- Masyarakat yang tidak berakhlak, angkuh, bongkak dan tidak boleh membaca serta menulis.
- Mereka mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral, seperti berjudi, berzina dan minum arak.
- Pada pendapat mereka, seorang lelaki telah sempurna sebagai lelaki sekiranya meminum arak sehingga mabuk.
- Boleh dikategori kepada dua golongan iaitu :
- Masyarakat Badwi – tinggal di kawasan gurun dan pendalaman, iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.
- Masyarakat Hadari – menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab
ii. Kedudukan wanita dalam Masyarakat Arab Jahiliah adalah rendah :
- Wanita tidak dapat mewaris harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka.
- Terdapat bayi perempuan ditanam hidup-hidup sejurus dilahirkan kerana anak perempuan dianggap akan menjatuhkan maruah keluarga.
- Seorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus dengan sesiapa yang disukainya
iii. Aktiviti perniagaan :
- Berasaskan riba dan penindasan.
- Pedagang lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.
- Kegiatan meropak dan merampas barangan daripada kafilah, kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan tujuan berniaga atau berpindah atau tujuan yang lain.
- Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.
- Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa.
- Agama wathani – menyembah berhala
- Animisme – memuja alam seperti pokok
- Samawi – Kristian dan Yahudi
- Kepercayaan – seperti menilik nasib, sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.
- Sebilang kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif.
- cara hidup berpuak-puak dan berkelompak
- Ahli sebuah kabilah terdiri daripada suku tertentu dan tinggal dalam sebuah kawasan.
- Mempunyai peraturan dan identiti sendiri.
- Setiap ahli sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.
- Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang merupakan lambang perpaduan kaum.
- Syarat pelantikan syeikh termasuklah syeikh harus disukai oleh ahli kabilah, dilantikkan atas persetujuan ramai, berfikir matang, gagah, berani serta pandai berpidato.
vi. Kesan Sistem Kabilah :
- Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau.
- Masyarakat sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
VEDEO
Masyarakat Arab Jahiliah
Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
http://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm
Bagus, teruskan usaha anda,melalui maklumat di atas, kita mendapati bahawa betapa pentingnya tamadun dalam kehidupan kita.Kita juga mempelajari kepentingan semangat perpaduan antara masyarakat dalam sesebuah negara.
ReplyDeleteYa. Perpaduan masyarakat sesebuah negara amat penting untuk kemerdekaan sesesuah negara ^^
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMasyarakat arab jahiliah memang suka berperang dan semangat assabiah sangat menebal! Jika perkara ini berlaku di negara kita,pasti akan timbul huru hara dan menggugat perpaduan antara kaum !!!
ReplyDeleteBetul kata anda. Nasib baiklah ia tidak berlaku di negara kita ^^
DeleteSaya dapat memahami maksud jahiliah.
ReplyDeleteSaya dapat memahami maksud jahiliah.
ReplyDeleteTerima kasih. Amat besar hati kerana dapat membantu anda.
Delete