Ekonomi Tradisional dan Ekonomi Dagangan
Ekonomi Tradisional
- Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri.
- Contoh: melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menternak binatang dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.
- Lebihan hasil digunakan untuk tujuan pertukaran barangan, kenduri-kendura, pembayaran zakat, sedekah atau hadiah.
- Lebihan hasil juga disimpan untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.
- Masyarakat Melayu :
- mengusahakan tanaman lain seperti ubi, pisang dan kelapa.
- menternak binatang seperti ayam, itik dan kerbau untuk menambah sumber makanan
- Aktiviti ekonomi yang diusahakan bertujuan untuk memenuhi keperluan sendiri.
- Teknologi mudah digunakan dalam menjalankan aktiviti ekonomi.
- Penanaman padi- tajak, cangkul, tugal dan tenggala.
- Sistem pengairan mudah- sumber air dari sungai atau hujan.
- Penangkapan ikan- tali kail, bubu dan jala.
- Kaedah menangkap ikan bergantung pada kawasan penangkapan sama ada di laut, sungai atau sawah padi.
- Ekonomi sara diri digerakkan oleh tenaga binatang atau manusia.
- Tidak memerlukan sumber tenaga yang banyak- melibatkan ahli keluarga sahaja.
- Tidak wujud pengkhususan pekerjaan- pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.
Tugal
Sumber: http://www.tanamsendiri.com/2011/11/alatan-kayu-tugal.html |
Tenggala
Tajak
Sumber: http://warisanbudaya.50webs.com/file/Tajak.html
|
Bubu Ikan
Ekonomi Dagangan
- Kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran hasil untuk tujuan pemasaran.
- Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke China, Jepun dan India.
- Bijih timah digunakan untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alat muzik seperti gong.
- Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan.
- Pembesar yang memiliki lombong bijih timah- Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat, Datuk Bandar dan Datuk Muda Linggi.
- Kedatangan British ke Tanah Melayu dan penguasaaan mereka terhadap pelabuhan utama telah mewujudkan rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat.
- Mereka menguasai kawasan yang kaya dengan bijih timah.
- Kepesatan dasar pertanian menyebabkan aktiviti ekonomi tradisional terpinggir dan ketinggalan.
- Mewujudkan bentuk ekonomi duaan (dwiekonomi).
- Dwiekonomi- wujud dua bentuk ekonomi secara serentak
- Hanya menumpukan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat.
- Ketidakseimbangan pembangunan antara negeri-negeri di pantai Barat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.
- Perkembangan industri perlombongan- buruh luar dari China dan India dibawa masuk untuk memenuhi keperluan sektor pertanian yang berkembang.
Perbandingan antara ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan
Perusahaan Getah
- Revolusi Perindustrian di Eropah menyebabakan permintaan yang tinggi terhadap getah.
- Pada awal abad ke-20, tanaman getah mula diperkenalkan sebagai tanaman komersial di Tanah Melayu.
Peranan Henry N. Ridley
- Beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura.
- Menyakinkan para peladang untuk menanam getah.
- Mengadakan pameran.
- Mengagihkan benih getah secara percuma.
- Memperkenalkan kaedah penorehan getah yang sesuai dan tidak merosakkan pokok.
- Sistem menoreh secara ibidem atau sistem bentuk tulang ikan kering.
Ladang Getah
|
Gambar Henry N. Ridley
|
Perkembangan Industri Pembuatan Barangan
- Getah digunakan dalam indusri pembuatan kasut, tayar, peralatan elektrik dan lain-lain.
- Meningkatkan permintaan getah.
- Harga getah melambung tinggi.
Kemasukan Modal Asing
- Modal milik Eropah
- Modal dibawa masuk melalui penubuhan syarikat perwakilan.
- Modal yang mencukupi melalui penjualan saham di London.
- Contoh syarikat perwakilan yang menguruskan menguruskan eksport getah ialah Harrisons and Crosfield, Boustead Buttery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby.
Dasar British
- Memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing.
Pihak British:
- Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah.
- Memberikan 4% dividen kepada syarikat pengusaha getah
- Pengecualian cukai eksport selama 50 tahun.
Kemasukan Buruh dari India
- Membawa masuk pekerja asing dari selatan India.
- Membekalkan tenaga buruh yang ramai dan mencukupi.
- Kos menggunakan buruh dari India juga rendah- bayaran gaji yang murah.
- Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang-ladang getah.
Infrastruktur
- Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api untuk memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pertanian komersial ke pelabuhan.
Kemerosotan Harga Getah
Faktor:
- Kemelesetan ekonomi dunia- permintaan terhadap getah berkurangan.
- Pengeluaran getah yang berlebihan.
Langkah:
Rancangan Sekatan Stevenson (1922):
- Menahan kejatuhan harga
- Prinsip: Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
- Selepas tahun 1934, nilai eksport getah mula stabil disebabkan oleh peningkatan permintaan dunia dan kawalan oleh negara pengeluar.
Jumlah eksport getah Tanah Melayu mengalami kemerosotan antara tahun 1929-1932.
Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
Industri Perlombongan
- Perlombongan merupakan kegiatan ekonomi dagangan yang penting bagi orang Melayu.
- Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi = Bumi Emas oleh pedagang India pada zaman silam.
- Kaya dengan pelbagai hasil galian seperti emas, bijih timah, arang batu, bauksit, antimoni dan bijih besi.
- Perusahaan Bijih Timah mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada Britsh berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.
- Menyebabkan penglibatan pemodal Eropah dalam bidang perlombongan.
Pada pertengahan abad ke-19:
- Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah .
- Mereka dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.
- Kebenaran perlu diperoleh daripada pembesar Melayu untuk mengusahakan
- aktiviti perlombongan.
- Hasil bijih yang dilombong perlu dijual semula kepada mereka.
- Harga bijih ditentukan oleh pembesar Melayu.
Pada awal abad ke-20:
- Industri perlombongan bijih timah dikuasai oleh pelombong dari Eropah.
- Pemodal dari Eropah mampu menyediakan modal untuk penggunaan teknologi kapal korek.
- Penggunaan kapal korek- aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-besaran.
- Berubah daripada insentif buruh kepada insentif modal.
- Enakmen dan undang-undang telah diguba dan diluluskan.
- Memastikan penguasaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.
- Pembesar Melayu yang tidak berupaya menyediakan modal mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari Negeri-Negeri Selat.
- Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah yang utama di dunia.
Kawasan Lombong
Sumber: http://jieminteh.blogspot.my/
Kapal Korek
|
Penggunaan Tenaga Buruh Luar
- Masalah kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi.
- Pihak British membawa masuk tenaga buruh dari luar untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
- Buruh dari India- bekerja di ladang getah.
- Buruh dari China- bekerja di lombong bijih timah.
Faktor kedatangan buruh China dan India:
- Galakan kerajaan British
- Hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
- Kemakmuran Tanah Melayu yang sedang pesat membangun membuka banyak peluang pekerjaan
- Kestabilan politik di Tanah Melayu
Sistem Tiket Kredit
- Kheh-thau (ketua) mengumpulkan bakal imigran (Sin kheh) ke Tanah Melayu dari kampung-kampung di negara China.
- Kheh-thau dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa.
- Sin kheh ialah imigran miskin dari China yang tidak mampu membiayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu.
- Membuat perjanjian secara lisan atau bertulis
- Untuk menjelaskan hutang mereka dengan bekerja dengan majikan dalam tempoh masa tertentu.
- Tiket dibekalkan untuk membolehkan mereka pergi ke pelabuhan yang ditentukan.
- Sin kheh akan diambil oleh pemborong buruh.
- Pemborong buruh ialah orang tengah yang akan mendapatkan majikan untuk sin kheh.
- Jawatan pegawai pelindung buruh dari China diwujudkan untuk mengawasi kemasukan buruh dari China.
- Kerajaan British menggantikan sistem ini dengan sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi.
Sistem Pengambilan Kakitangan
- Pegawai akan dihantar oleh majikan ke China untuk mendapatkan buruh yang diperlukan.
- Tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai oleh majikan.
- Pegawai yang dihantar perlu mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga sampai di tempat majikan.
Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
- Sesebuah rumah kongsi akan melantik pegawai di negara China untuk mendapatkan buruh yang diperlukan.
- Pegawai tersebut membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga sampai di rumah kongsi.
- Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa.
Kemasukan Buruh China ke Sarawak:
- Cara kemasukan buruh berubah kerana wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikat yang beribu pejabat di Singapura.
- Kemasukan imigran China berketurunan Foochow secara kumpulan.
- Sebab: Persetujuan antara Wong Nai Siong (Ketua Foochow di Sibu) dengan Charles Brooke
- Imigran Foochow diperlukan unuk mengusahakan tanah dan mebangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.
Sistem Buruh Bebas atau Merdeka
- Buruh dari India akan datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
- Buruh ini bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.
Sistem Kontrak
- Majikan akan membiayai tambang buruh ke Tanah Melayu.
- Sebagai balasan, buruh perlu bekerja dengan majikan untuk jangka masa antara 1-3 tahun dengan bayaran gaji antar 9-13 sen sehari.
- Dianggap sebagai satu bentuk perhambaan yang tidak ketara.
- Sering berlaku pemerasan dan penindasan terhadap buruh.
- Sistem ini digantikan dengan sistem kangani.
Sistem Kangani
- Diperkenalkan apabila Undang-Undang Tabung Imigresen India dikuatkuasakan.
- Seseorang kangani yang diberikan kepercayaan oleh majikan akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
- Kangani- ketua, tandil atau mandur.
- Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba ke Tanah Melayu.
- Menjadikan kangani seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.
- Sistem ini diharamkan.
- Sebab: Berlaku penyelewengan oleh kangani.
Sumber Rujukan:
Bagus!!! Teruskan Usaha!!!
ReplyDeleteTerima kasih!! Saya berharap anda akan lebih memahami topik ini dengan nota-nota di atas. Penggunaan teknik seperti peta minda akan membolehkan anda untuk mempunyai pemahaman yang lebih mendalam. Harap nota saya dapat membantu anda ya.
DeleteHello!!!^^
ReplyDeleteNota ini sangat padat dan mudah diingati.
ReplyDeleteTerima kasih. Harap nota ini dapat membantu anda mengingati dengan lebih efektif ya.
DeleteBanyak gambar telah dipaparkan. Selain itu, peta minda juga diaplikasi oleh ahli kumpulan untuk memudahkan pembaca mempunyai ingatan yang memdalam selepas membaca. Baik!
ReplyDeleteTerima kasih. Harap peta minda dalam nota ini dapat membantu anda memahami dan belajar sejarah dengan lebih berkesan.
DeleteNota ini amat bagus dirujuk kerana melalui gambar-gambar yang diletakkan memudahkan pelajar memahami bab-bab dalam Sejarah dengan lebih jelas. Teruskan usaha anda!
ReplyDeleteTerima kasih. Harap nota ini dapat membantu anda ya.
DeleteNota yang jelas dan menarik.
ReplyDeleteTerima kasih. Harap anda akan suka dengan post saya.
DeleteNota yang jelas dan menarik.
ReplyDeleteNota yang baik dan senang untuk diingat. Peta minda yang dihasilkan juga dapat menarik minat pelajar!
ReplyDeleteTerima kasih. Harap peta minda ini dapat membantu mengukuhkan pemahaman pelajar.
DeleteNota ini menarik kerana terdapatlah gambar yang cantik bersama dengan nota yang ringkas :) Terima kasih ! :)
ReplyDeletepadat nye ;)
ReplyDeleteTerima Kasih atas Nota Ringkas yang padat ini! Amat memberi faedah kepada pelajar untuk mengulangkaji tanpa membaca buku!
ReplyDeleteThank you very much! This notes are very handy and easy to understand.
ReplyDeleteThank you spoil much ! My exam is a week from now and this is very helpful, May God bless youuuuu
ReplyDeleteThank you .....
ReplyDeleteThank you .....
ReplyDeleteThank you .....
ReplyDeletePembetulan tulang ikan hering
ReplyDelete