Friday 26 August 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA



Ciri-Ciri Tamadun


CIRI-CIRI
PENERANGAN
Petempatan kekal
  • Membawa kepada kehidupan yang lebih sistematik dan kelangsungan bekalan makanan daripada kegiatan pertanian.
  • Melahirkan kemajuan dalam pertanian dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan.
  • Meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran.
  • Lebihan pengeluaran menampung pertambahan penduduk.   
Kehidupan berorganisasi
  • Dari aspek sosial, ekonomi dan politik.
  • Organisasi yang paling ringkas ialah sistem keluarga.
  • Sistem masyarakat berbentuk piramid dan bersusun lapis.
  • Lapisan teratas ialah golongan bangsawan. Mereka menerajui negara yang diketuai oleh raja.
  • Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang berkuasa dalam upacara dan hal ehwal agama.
  • Lapisan selanjutnya ialah golongan rakyat biasa yang terlibat dalam aktiviti ekonomi.
  • Lapisan terakhir ialah golongan hamba.
Sistem pemerintahan
  • Untuk mengendalikan pentadbiran masyarakat, seseorang pemimpin atau raja akan menggunakan unsur magis dan mendakwa diri mereka memiliki sifat ketahunan atau mengakui diri mereka sebagai wakil tuhan.
Pengkhususan pekerjaan
  • Barangan atau perkhidmatan dibekalkan melalui pengkhususan dan kepakaran.
  • Pada peringkat awal, sistem barter diamalkan.
  • Melalui proses tersebut, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya antara masyarakat dipertingkatkan.
Agama dan kepercayaan
  • Berkait rapat dengan:

- pengiktirafan kepada golongan pemerintah
- pembahagian sosial masyarakat
- perkembangan ilmu pengetahuan
- kesenian
- pembinaan
  • Sistem kepercayaan dipengaruhi oleh keadaan alam.
  • Masyarakat ini mula mempercayai semangat, tuhan atau kuasa ghaib yang boleh menguasai alam sekeliling mereka.
  • Kepercayaan kepada unsur ghaib ini dikenali sebagai animisme.
  • Seterusnya, kepercayaan ini bertukar menjadi agama.
  • Agama tamadun awal ini dikenali sebagai politeisme, iaitu penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan.


   
Bahasa dan sistem tulisan
  • Sistem tulisan memudahkan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod.
  • Bahasa penting dalam perhubungan sesama ahli sesebuah masyarakat dengan ahli masyarakat yang lain.
  • Bahasa terawal yang terbentuk ialah bahasa Yunani dan Sanskrit.
  • Sistem tulisan terawal ialah tulisan hieroglif, cuneiform dan ideogram.









SUMBANGAN TAMADUN -TAMADUN AWAL
1. Tamadun Mesopotamia
(i) Perundangan
  • Kod Undang-Undang Hammurabi merupakan kod undang-undang tertua di dunia yang digubal oleh Raja Hammurabi.
  • Kod Hammurabi ini menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
  • Kod ini memainkan peranan penting dalam:
- Mengelakkan masalah dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dan
- Terdiri daripada susun lapis yang berbeza.
- Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi masyarakat.
- Membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang.


(ii) Sistem tulisan
  • Membawa kepada perkembangan dalam sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis.
  • Urusan pentadbiran dan perniagaan yang dijalankan di Mesopotamia direkodkan oleh jurutulis.
  • Semua urusan jual beli disertakan dengan resit, nota urus niaga dan surat kredit.
  • Sistem tulisan juga telah menghasilkan tradisi kesusasteraan yang mencerminkan falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia, iaitu Epik Gilgamesh yang merupakan hasil kesusasteraan tertua di dunia.
(iii) Sains dan teknologi
  • Bidang astronomi
- Mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar, iaitu 12 bulan dalam setahun.
- Mencipta ilmu matematik, iaitu sistem mengira perpuluhan serta konsep
Matematik seperti tolak, tambah, darab, bahagi dan punca ganda dua
- Mencipta ilmu geometri melalui penerapan terhadap pergerakan bulan, bintang  
dan matahari.
  • Bidang perubatan
- Kerajaan Assyria amat mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
- Sebanyak 500 jenis ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah
disampelkan dan dikatalogkan peggunaaannya.
  • Penciptaan roda
- Roda digunakan dengan kereta kuda yang bertujuan untuk peperangan.
- Penggunaan roda terdapat dalam kincir air yang bertujuan mengalirkan air ke
kawasan tandus, meningkatkan hasil pertanian dan mengawal banjir.


Perkembangan Roda
Sumber: Buku Teks Tingkatan 4

Ukiran Pada Batu Ini Menunjukkan Salah Satu Fungsi Roda Dalam Tamadun Mesopotamia

Sumber: Buku Teks Tingkatan 4

  • Alat pengangkutan

- Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda.
- Mereka telah menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka
berjaya berhubung dengan wilayah di India dan wilayah di kawasan
Mediterranean.
(iv) Aspek estetika
  • Cara membuat batu-bata telah diperkenalkan kepada dunia oleh tamadun Mesopotamia.
  • Pembinaan arca dan tiang batu telah dicipta untuk mengindahkan lagi bangunan seperti zigurat.
  • Contoh arca ialah patung Raja Gudea, pengasas empayar Sumeria.
  • Raja Chaldea, iaitu Raja Nebuchadnezzar pula membina semula Babylon dengan begitu indah sehingga kawasan sekitar istananya dikenali sebagai “Taman Tergantung Babylon”.
- Dalam taman ini terdapat pelbagai jenis pokok serta pokok bunga yang ditanam
pada binaan bertingkat di bukit berteres yang seolah-olah tergantung.
\
Lakaran yang menggambarkan Taman Tergantung Babylon.
Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4


2. Tamadun Mesir Purba
(i) Seni bina
  • Piramid merupakan sumbangan utama tamadun Mesir dalam seni bina.
- Pembinaan piramid dimulakan oleh Imhotep yang menjadi penasihat Firaun
Djoser.
- Imhotep merupakan seorang ahli sains, ahli fizik, arkitek dan tokoh perubatan
yang terkenal.
- Imhotep memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan
batu-bata.
  • Pembinaan piramid Sakkara merupakan sumbangan terbesar Imhotep
- Piramid Sakkara merupakan piramid yang tertua.

Piramid Sakkara
(ii) Sistem pendidikan
  • Sistem pendidikan untuk kanak-kanak diwujudkan khusus untuk keluarga atasan.
  • Institusi pendidikan biasanya merupakan sebahagian daripada rumah ibadat yang diuruskan oleh golongan pendeta dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
  • Tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan golongan pegawai kerajaan, iaitu jurutulis.
  • Ilmu geometri, matematik dan sains diajar untuk melahirkan pegawai yang mampu menguruskan hal pertanian, pengawalan Sungai Nil dan pembinaan piramid.


(iii) Sistem tulisan
  • Kemajuan pendidikan dan penggunaan kertas merupakan pencapaian utama tamadun Mesir Purba.
  • Pencapaian ini adalah hasil kebijaksanaan masyarakat Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus.
  • Kertas digunakan untuk menggantikan kepingan batu bata
  • Sistem tulisan masyarakat Mesir Purba ialah hieroglif.
  • Tulisan ini berkembang menjadi tulisan hieratik (tulisan berangkai) dan seterusnya berkembang menjadi tulisan demotik.




Orang Mesir Meleperkan Batang-Batang Pokok Papyrus Menjadi Kepingan Sehingga Mereka dapat Menulis di Atasnya
Sumber: https://wardahputeh.wordpress.com/2009/06/25/papyrus-downtown-dan-malam-di-giza/



Tulisan Hieroglif Mesir
Sumber: Buku Teks Tingkatan 4



Perkembangan Tulisan Awal Mesir dari Tulisan Hieroglif ke Hieratik dan Kemudiannya Demotik
Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4


(iv) Sains dan teknologi
  • Masyarakat Mesir Purba mahir dalam bidang perubatan.
- Pengamal perubatan diberikan status yang tinggi dalam masyarakat Mesir
Purba.
- Pengamal perubatan memberikan khidmat untuk firaun dan masyarakat Mesir
Purba.
  • Bidang perubatan yang penting ialah proses memumiakan mayat.
Proses ini berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.
  • Kemahiran masyarakat Mesir Purba dalam bidang fizik, kimia, perubatan
dan pembedahan telah memberikan sumbangan besar kepada
perkembangan ilmu manusia.
  • Dalam usaha masyarakat Mesir Purba mengawal banjir di Sungai Nil,
ilmu Matematik seperti algebra, geometri dan astronomi digunakan.
  • Pengetahuan dalam astronomi dan matematik membolehkan orang
Mesir Purba.
  • Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
  • Sistem pengairan dibina untuk mengatasi masalah pertanian, iaitu menukarkan padang pasir menjadi kawasan yang subur.
  • Usaha ini dilakukan oleh Firaun Senuusret.
- Beliau membina tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus
guna kawasan padang pasir.

3. Tamadun Indus
(i) Perancangan bandar
  • Masyarakat Indus telah berjaya menggunakan kemahiran mereka dalam ilmu geomtetri, seni bina, kesenian dan matematik untuk mewujudkan bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa.
  • Masyarakat Indus berupaya mencipta teknologi untuk meningkatkan mutu bahan binaan.
  • Pembuatan batu-bata daripada tanah liat melalui proses pembakaran dengan suhu tinggi dan tidak lagi bergantung pada cahaya matahari.
  • Batu-bata digunakan untuk membina bangunan di Lembah Indus.
  • Perancangan bandar yang tersusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti dengan jalan raya yang lurus dapat dilaksanakan kerana pemahaman ilmu geometri daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.


Tinggalan bandar terancang Tamadun Indus




A: Kawasan perumahan
B: Mempunyai sistem perparitan dan kumbahan
C: Tempat penyimpanan barangan pertanian
D: Bandarnya dikelilingi tembok


(ii) Sifat keterbukaan
  • Hubungan tamadun Indus dengan tamadun Mesir Purba dan Mesopotamia membolehkan kedua-dua pihak memperoleh faedah dalam bentuk pertukaran teknologi dan sebagainya.

4. Tamadun Hwang Ho


(i) Sistem pemerintahan
  • Tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China Kuno.
  • Sehingga zaman Dinasti Ching, sistem pemerintahan monarki diteruskan.
  • Gelaran raja ditukar menjadi maharaja.
  • Konsep anak syurga, mandat dan syurga dan amalan putaran dinasti diteruskan hingga abad ke-20.

ii) Sistem kepercayaan dan falsafah
  • Unsur pemujaan roh nenek moyang diteruskan mengikut kesesuaian masa.
  • Unsur korban manusia dalam pemujaan roh telah digantikan dengan pemberian makanan, duit kertas dan barangan perhiasan.
  • Falsafah Cina yang melibatkan konsep ‘Yin dan Yang’ serta amalan ‘Feng Hsui’
  • Mempengaruhi masyarakat Cina kini.
  • Zaman pemerintahan Dinasti Shang, sistem kalendar diperkenalkan
- 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
- raja menentukan musim menanam dan menuai.
- kalendar juga digunakan untuk menentukan upacara perkahwinan, pemburuan,  
pengebumian dan lain-lain.

  • Falsafah Perang yang diperkenalkan Sun Tzu dalam karyanya The Art of War telah membicarakan selok-belok peperangan dan pemikiran strategik.
  • Karya ini diterjemahkan dan diaplikasikan sebagai taktik dala urusan perniagaan.







Konsep ‘Yin dan Yang’




Konsep ‘Yin dan Yang’


(iii) Sistem tulisan
  • Sistem tulisan ideogram yang berkembang secara evolusi masih digunakan.
  • Tulisan tersebut digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
  • Tulisan ini diajar di sekolah-sekolah di China.
  • Tulisan ini juga digunakan oleh orang Korea dan Jepun.


Tulisan Bentuk Simbol atau Ideogram
Sumber: Buku Teks Tingkatan 4




(iv) Ekonomi
  • Pembinaan sistem pengairan
  • Raja bertanggungjawab membina terusan untuk mengairi kawasan pertanian dan juga untuk mengelakkan berlakunya banjir.
  • Kemajuan sektor pertanian di China membawa kepada terciptanya teknologi pertanian seperti teknologi pembajakan, penciptaan cangkul dan sabit serta penggunaan batas untuk penanaman.
  • Alatan pertanian yang diperbuat daripada kayu digantikan dengan yang diperbuat daripada besi.



Video: