Thursday, 15 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW SEBELEM
 DILANTIK MENJADI RASUL
 
 
  • Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi rasul :
    • Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, iaitu Qusai bin Kilab, pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir Makkah kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran baginda.
    • Namun baginda sering dirujuk kepada moyang baginda, iaitu Hasyim.
    • Kaabah dan telaga zamzam dapat dikuasai oleh keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dengan pengausaan terhadap Makkah.
    • Keturunan Nabi Muhammad s.a.w. bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mahir dalam selok-belok perniagaan.
    • Salasilah keturunan baginda adalah seperti berikut :

 
  • Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. :
  • Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. :
    • Sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang utama adalah
      • Siddiq – berkata benar
      • Amanah – dipercayai
      • Tabliq – menyampaikan
      • Fatanah – bijaksana
    • Baginda digelar al-Almin kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong.
    • Baginda telah menyelesaikan suatu persengkatan di kalangan kabilah Quraisy, iaitu perletakan semula Hajar Aswad.
    • Selalu membantu isterinya memasak, manampal pakaian yang koyak, melayan anak dan membersihkan rimah.
    • Beliau memberi didikan agama yang yang secukupnya dan menjadi teladan kepada anak-anaknya.
    • Baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana.
    • Baginda sentiasa merendah diri dengan bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya atau miskin.
    • Bersifat penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak.

  • Sebelum menjadi rasul, baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah.
  • Baginda bertahannuth (mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di Bukit Nur.
  • Selepas lebih kurang 6 bulan baginda berulang alik dan bertahannuth di Gua Hirak, akhirnya pada 6 Ogos tahun 610 M., bersamaan 17 Ramadhan, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada baginda menerusi Jibril. Baginda berumur 40 tahun pada waktu itu

Kisah Nabi Muhammad s.a.w. Utusan Terakhir
 
Sumber :
Buku Teks Tingkatan 4
http://sejarahform4s4h.blogspot.my/2011/08/keperibadian-nabi-muhammad-saw.html
http://smklsb.tripod.com/nabi_muhd_sblm.htm

9 comments:

  1. Bagus,melalui maklumat di atas, dapatlah kita tahu betapa banyak kesusahan yang diharungi oleh Nabi Muhammad s.a.w demi menjadi rasul Allah,namum disebabkan kebijaksanaan dan sifat baikNya,Nabi Muhammad s.a.w akhirnya berjaya meangharungi sagala cabaran dan manjadi rasul Allah

    ReplyDelete
  2. Oh, beginilah kehidupan nabi muhammad s.a.w. Nota anda amat membantukan pelajar dan saya. Teruskan berusaha.

    ReplyDelete
  3. Mind map yang sangat jelas,

    ReplyDelete
  4. Mind map yang sangat jelas,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan anda dan harap nota yang saya postkan ini dapat membantu anda.

      Delete